Salam.
Masuk ke hari kedua, semakin ceria pada wajah peserta rombongan. Agaknya, pada malam tadi semua dah tidur lena ataupun ada yang tak dapat tidur memikirkan keseronokan yang bakal dialami pada keesokan harinya. Walau apa pun, sarapan perlu ada untuk menambah tenaga bagi menghadapi jadual yang padat.
Bersarapan untuk bekalan tenaga menghadapi jadual yang padat |
Dirasakan kunjungan ke Sekolah Seni, sangat memberi makna kepada lawatan kali ini. Peserta rombongan terutamanya pelajar telah mendapat suntikan motivasi untuk lebih berjaya dalam alam persekolahan mereka. Tidak kira apa pun minat mereka, kalau dipupuk dan disubur dengan kesungguhan akan berjaya juga akhirnya. Lihat saja, The Sazalies Brothers.
Salah seorang penari Sekolah Seni |
Sesi randau bersama Pengetua, Sekolah Seni |
Ketua Rombongan merakam ucapan terima kasih kepada tuan rumah |
Tuan rumah membalas ucapan. |
Sebelum menamatkan lawatan ke Sekolah Seni, kedua-dua belah pihak tetamu dan tuian rumah telah bertukar cenderamata sambil masing-masing melafazkan ucapan penghargaan. Terima kasih daun keladi, tahun depan berjumpa lagi.
Destinasi seterusnya adalah Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kompleks DUN Sarawak telah dibuka dengan rasminya pada 27 Julai 2009 oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Bentuk bumbung yang merupa payung adalah ikonik bagi negeri Sarawak.
Selepas meneroka segenap bahagian dipimpin oleh petugas Kompleks Dewan Undangan Negeri, peserta rombongan dihidangkan dengan jamuan. Makan lagi. Maka sesi bergambar pun bermula. Tak sah lawatan kalau tak ambil gambar, maksudnya di luar dewan.
Nang sik melepas peluang. |
Menikmati jamuan. |
Terima kasih Dewan Undangan Negeri Sarawak. Insyallah, SK Abang Aing akan berkunjung lagi.
- semua gambar sumbangan Wan Nur Izzati
No comments:
Post a Comment