Sila Klik

Sunday 28 October 2012

Sibuk sesibuk sibuknya.

Alhamdudillah.
Oktober 2012 semakin hampir melabuh tirainya. Hanya berbaki beberapa hari lagi, namun bagi warga SK Abang Aing, penutup Oktober ditunggu dengan penuh debaran. Setelah beberapa aktiviti besar sepanjang Oktober sempurna dilaksanakan. Bermula dari Sukan Tahun 2012 pada 11 dan 12 Oktober, diikuti pula dengan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) pada 16 dan 17 Oktober. Pada 18 Oktober pula, Hari Bertemu Pelanggan anjuran Klinik Pergigian Sekolah dan bermula pada 21 Oktober, dianjurkan pula Perkhemahan Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam dan pada 23 Oktober pula kanak-kanak Prasekolah melawat ke Pejabat Bomba dan Penyelamat. Program Mengenapasti Bakal Sukan pula diadakan, bertempat di Stadium Tertutup Sri Aman pada 24 Oktober. Semalam baru selesai Majlis Ibadat Korban sempena dengan Hari Raya Eid Al Adha.

Sukan Tahunan Sekolah 2012

Hari Bertemu Pelanggan Anjuran Klinik Pergigian Sekolah
Perkhemahan Unit Beruniform 2012
Lawatan Kanak-kanak Prasekolah Ke Pejabat Bomba & Penyelamat
Ibadat Qurban
30 Oktober merupakan tarikh keramat bagi murid-murid SK Abang Aing yang telah khatam Al Quran. Bertempat di Dewan Suarah, Sri Aman Majlis Khatam Al Quran akan dimulakan seawal pukul 7.30 pagi, pada 30 Oktober 2012. seramai 103 orang murid akan memperdengarkan bacaan mereka pada maklis tersebut.

Sehari selepas itu, pada 1 November 2012 rombongan terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 dan 35 orang guru akan bertolak ke Kuching dalam siri Lawatan Sambil Belajar. Antara tempat yang bakal dilawat termasuk Komplek Dewan Undangan Negeri, Astana Negeri, Sekolah Menengah Seni Sarawak, Kampung Budaya dan berbagai tempat yang menarik.
Imbas kembali: Lawatan ke Dewan Undangan Negeri 2011
Kemuncak daripada semua aktiviti sepanjang 2012 adalah Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang yang akan diadakan pada 8 November di Dewan Suarah, Sri Aman.

Sesungguhnya, aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal diadakan adalah untuk mendewasa murid-murid SK Abang Aing terutamanya murid-murid Tahun 6. Bila saja mereka melangkah keluar dari pagar sekolah, mereka telah mendapat persediaan yang mencukupi untuk menghadapi dunia yang lebih mencabar. Seseorang murid tidak akan ingat semua yang mereka belajar di sekolah tetapi mereka pasti ingat apa yang mereka alami dan rasai di sekolah.

No comments: