Sila Klik

Tuesday 30 October 2012

Majlis Khatam Al-Quran & Penangguhan Rasmi Kem Bestari Solat 2012

Majlis dimulakan seawal jam 7.15 pagi dengan kedatangan ibubapa dan para jemputan. Tepat jam 7.30 pagi tetamu khas, Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohd Isselahuddin bin Kamri, Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib), Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman memasuki dewan diiringi oleh Guru Besar, wakil Pegawai Pelajaran Bahagian, Penyelia KAFA dan Tuan Iman, Masjid Besar Sri Aman.



Sejurus selepas itu, perserta khatam Al-Quran pun diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar memenuhi pentas Dewan Suarah. Zikir Asmaul Husna pun berkemundang memenuhi kesyahduan dewan yang dizikir oleh semua peserta dan hadirin yang hadir. 


Majlis Perasmian Khatam Al_Quran dan Penangguhan Rasmi Kem bestari Solat 2012 kali ini telah menempa sejarah dengan menampilkankan 3 orang juruacara menggunakan bahasa bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Seramai 103 orang murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 telah mengambil bahagian kali ini.




Untuk memberkati majlis dan memohon keredaan Allah, bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Zulkarnai bin Zahari diikuti oleh bacaan ayat suci Al-Quran, surah Lokman ayat 23 hingga ayat 28 oleh adik Mohamad Hazid bin Razali.


Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola merangkap Guru Besar SK Abang Aing, Encik Wan Ismail bin Wan Chula mengalu-alukan kedatangan para jemputan dalam ucapan pembukaan beliau. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kerana kesudian jemputan memenuhi undangan JK Pengelola dan kepada pihak-pihak yang terlibat yang telah memberi bantuan secara langsung dan tidak langsung.




Selepas ucapan perasmian Majlis Khatam Al-Quran dan Penangguhan Kem Bestari Solat oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohd Isselahuddin bin Kamri, Pegawai Hal Ehwal Islam (Naqib) dari Pejabat Agama Islam Sri Aman, majlis khatam Al-Quran pun dimulakan. Majlis diketuai oleh Ustaz Shamhan bin Junny sebagai Khalifah.

Khatam Al-Quran telah dibimbing oleh Ustaz Shamhan bin Junny


Majlis diselangi dengan penampilan Kumpulan Annisa yang mempersembahkan Kalam Jama'i. Kumpulan yang terdiri daripada murid-murid perempuan Tahun 5 dan 6 telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan Kalam Jama'i peringkat daerah Sri Aman.


Kumpulan Annisa mempersembahkan Kalam Jama'i.
Majlis Khatam Al-Quran tahun ini telah menobatkan Adik Zainuddin bin Hamdi sebagai Tokoh Soleh dan Adik Farah Haziqah binti Hamdan sebagai Tokoh Solehah. 
Tokoh Soleh
Tokoh Solehah

Penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan



No comments: