Salam.
Alhamdudillah, semuanya telah berada di landasan yang betul. Sekiranya dengan izin Allah SWT, calon-calon UPSR 2012 berupaya menepati sasaran sekolah. (sila rujuk entri yang bertarikh 20 Julai - Prestasi Terkini Murid-murid Tahun 6) Terutamanya dari segi lulus sekurang-kurangnya gred C dalam semua kertas telah mencapai 81.2%, begitu juga Bahasa Melayu Pemahaman 95.73%, Bahasa Melayu Penulisan berada pada kedudukan selesa 92.31%, sementara English telah melepasi sasaran dengan prestasi sehingga 90.6%, Mathematics pula berada pada 88.03% dan Science melonjak pada 91.45%.
Insyallah, dengan usaha-usaha pembetulan di minggu terakhir sebelum UPSR kita yakin, sekurang-kurang keputusan pada tahun 2011(keputusan terbaik) akan dapati diatasi baik dari segi kuantuti atau kualiti. Harapan kita agar kita tidak mengulang "nearmiss" yang melampau pada tahun 2010. Kalau diizinkan Allah SAW, sekali lagi kita akan mencipta sejarah.
Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak ibubapa dan Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) menghargai usaha gigih warga sekolah meletakkan SK Abang ke tempat yang sewajarnya. Terutama sekali kepada barisan guru-guru Tahun 6 yang diterajui oleh Penolong Kanan Akademik, Encik Ramlee Rajali.
Burung tempua terbang di awan
Singgah hinggap di pohon pedada
Sungguh tinggi pengorbanan tuan/puan
\Sepanjang hayat dikenang jua.