Sila Klik

Monday 29 September 2014

UPSR ULANGAN UNTUK KERTAS SAINS DAN BAHASA INGGERIS

Salam.
Isu kertas soalan bocor yang melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, telah menggemparkan seluruh negara. Semua orang marah, geram dan kecewa dari pemandu kereta sewa sehinggalah kepada ahli-ahli parlimen. Golongan guru dan ibubapa paling terasa, itu belum termasuk calon-calon UPSR sendiri yang merasakan usaha selama 9 bulan sepanjang tahun ini dianggap seolah sia-sia saja. 

Kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 merupakan yang terawal didapati bocor pada 10 September 2014 sehari selepas itu kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 telah diisytiharkan bocor oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kemudian pada 21 September yang lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung dakwaan terdapat kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Bahasa Tamil dan Matematik. Laporan itu difahamkan telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Ekoran daripada insiden-insiden kebocoran tersebut, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menjadualkan semula kertas-kertas yang didapat bocor seperti berikut:
  • 30 September 2014
  1. Kertas Sains 108, 028 dan 038
  2. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2
  • 9 Oktober 2014
  1. Kertas Matematik 015/1, 025/1 dan 035/1
  2. Kertas Bahasa Tamil 036 dan 037


Walaupun pada terasa juga bahangnya akibat kebocoran kertas soalan UPSR 2014, namun calon-calon UPSR 2014, SK Abang Aing tabah dan telah mengambil langkah-langkah positif. Berbagai program telah dijalankan sejak dari awal cuti sehingga 29 September 2014 untuk menghadapai UPSR ULANGAN esok, 30 September 2014 dan pada 9 Oktober 2014.


No comments: