Sila Klik

Thursday, 14 February 2013

TAHNIAH! Koperasi SK Abang Aing Berhad Untung Berganda



Salam.
Tahniah! Tahniah! Tahniah kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan semua ahli Koperasi SK Abang Aing Berhad kerana telah mencatat keuntungan yang di luar dugaan untuk tahun kewangan 2012. Prestasi yang cemerlang kali ini, adalah ekoran daripada kejayaan koperasi menyelesaikan semua hutang yang tertunggak. 

Pada tahun kewangan 2010, Koperasi SK Abang Aing Berhad telah mula menikmati keuntungan. Kejayaan ini berterusan untuk tahun kewangan 2011, apabila koperasi mencatatkan keuntungan besar sebelum cukai berjumlah RM12,112.41. Keuntungan pada tahun tersebut, membolehkan ahli-ahli koperasi menikmati dividen atas modal syer setelah sekian lama tidak menikmatinya.

Pengerusi Koperasi SK Abang Aing Berhad mengiringi pegawai-pegawai dari SKM
Pagi tadi, berlansung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SK Abang Aing Berhad, bagi tahun kewangan 2012. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi koperasi merangkap Guru Besar, Encik Wan Ismail bin Wan Chula, dihadiri oleh ALK dan ahli-ahli koperasi. Turut sama hadir, Encik Rizan bin Tuah dan Encik Mohd. Najib bin Ulis dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mewakili Penolong Pengarah SKM, Sri Aman. Semasa membentangkan Laporan Audit Luar, bendahari koperasi Puan Noria binti Bujang telah mengumumkan keuntungan koperasi sebanyak RM20,916.30 iaitu peningkatan sebanyak 72.68%. 

Bendahari koperasi membentang laporan kewangan
Setiausaha koperasi meloprkan kegiatan sepanjang tahun kewangan 2012. 
Sepanjang mesyuarat berlangsung, ahli-ahli koperasi yang terdiri dari murid-murid dan guru sekolah telah memain peranan yang aktif dalam perbincangan terutama dalam menentukan halatuju koperasi. Majlis telah sebulat suara mengekalkan barisan ALK. Semasa meluluskan belanjawan tahunan koperasi, majlis mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menambah had maksimum pelaburan dengan peningkatan 100%  dan mengekalkan had maksimum pembiayaan. Mesyuarat diakhiri dengan ucapan dari Encik Rizan bin Tuah.

Encik Rizan berucap mewakil Ketua Penolong Pengarah SKM  
- kredit kepada En Abang Firdaus kerana menyediakan foto

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah dan syabas.

pha is said...

tahniah2.. dulu masa sekolah pernah gak jadi ajk dalam koperasi sekolah.. . nostalgia..