Sila Klik

Thursday, 6 December 2012

Warga SK Abang Aing akan merindui mereka.


Perpisahan
(diabadikan khas untuk Ustaz Amri dan Puan Dayang Aisyah)

Ribuan jalan telah kita lewati
Berbagai rintangan telah kita lalui
Penuh wangian bunga maupun bertabur duri
Penuh suka maupun duka di hati
Semua bukanlah sekadar kenangan
Semua bukanlah sekadar renungan
Saat kita sentiasa bersama
Dalam suka maupun pengorbanan
Namun, kita telah tahu
Kita tak selamanya bersatu
Menempuh jalan hidup yang bertabur debu
Bertabur dedaunan yang tak pernah tersapu
Saat berpisah harus menyapa
Ku tak ingin kau teteskan air mata
Ku tak ingin kau berduka
Karena hati kita kan tetap bersama
Sahabatku tercinta!!


Inilah hidup
Kadang kita membuka
Suatu saat kita kan menutup
Sahabatku tercinta!!
Ku ingin kita kembali bersama
Di saat harta tak lagi berguna
Di saat ilmu menjadi satu-satunya pembela
Dari dulu kita selalu bersama
Selalu mengerti keadaan satu sama lain
Selalu memahami, selalu memiliki
Selalu memberi, selalu mengisi satu sama lain



Hanya engkau dan dirikulah yang mengerti aku
Hanya aku dan dirimulah yang mengerti kamu
Persahabatan ini tak akan pernah putus walah badai menghadang
Persahabatan ini tak pernah pecah walau terhantuk batu
Persahabatan ini tak pernah pisah karena waktu
Ingatlah wahai sahabat, saat kita tersenyum dan ketawa bersama
Ingatlah saat kita pernah kesusahan dan sakit bersama
Sesuatu yang pernah kita lalui terlalu berharga untuk dilupakan
Tetaplah Menjadi Sahabat Terbaikku
 Kerana aku janji untuk menjadi Sahabat Terbaikmu selalu.

kredit untuk  blogger gudangpuisi











Saturday, 1 December 2012

Kerja Penyelenggaraan - Fasa I

Salam.
Seawal jam 9.00 pagi telah berada di sekolah untuk memantau kerja-kerja penyelenggaraan tapak perhimpunan, tempat letak kenderaan dan gelanggang serbaguna. Kawasan-kawasan tersebut diturap dengan lapisan bitumen. Kerja tersebut adalah antara skop kerja penyelenggaraan prasarana sekolah. Peruntukan penyelenggaraan telah disalurkan oleh Kementerian Pelajaran pertengahan tahun ini. Kerja-kerja hanya dapat dijalankan pada 1.12.2012, satu tarikh yang keramat. Kerja-kerja agak lewat dimulakan setelah melalui proses tender yang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya dan gangguan semasa hari persekolahan.


Kerja perlapisan bitumen di Tapak Perhimpunan.


Selain daripada kerja-kerja penyelenggaraan di atas, ianya juga termasuk:
  • naiktaraf blok kelas Prasekolah
  • penyelenggaraan 2 Blok Bilik Kelas termasuk kerja-kerja mengecat semula dan memasang jubin
  • naiktaraf bilik Guru Besar
  • penyelenggaraan tandas guru dan murid
  • penyelenggaraan pagar dan pintu masuk utama


Bitumen Paving Machine digunakan.

Bekalan bitumen yang didatangkan dari bandaraya Kuching.
Pakej penyelenggaraan yang bernilai lebih RM360,000.00, diharap akan menukar landskap SK Abang Aing yang selama ini agak kusam dan tidak bermaya terutama sekali keadaan bilik kelas yang tidak kondusif. Sekurang-kurangnya dengan penyelenggaraan dan naik taraf yang dilakukan, akan menceria lagi proses pembelajaran dan pengajaran.

Mesin roller digunakan untuk memberi kepadatan kepada permukaan,

Dengan teknologi yang ada, kerja-kerja manual masih diperlukan.

Tapak Perhimpunan yang hampir selesai diselenggara.
Kawasan yang diturap lapisan bitumen agak luas. Memandangkan bekalan bitumen datangnya dari bandaraya Kuching, kerja penurapan perlu diselesaikan pada yang sama untuk mengelakkan bitumen menjadi gumpalan yang tidak boleh digunakan.

Sesedap mata memandang.

Nampak cantik dan bersih.

Lebihan bitumen digunakan untuk mencantik jalan masuk.
Dengan cuaca panas terik pada sebelah pagi dan hujan awal petang, kerja-kerja penurapan perlu diteruskan. Sehingga jam 4.00 petang akhirnya seluruh permukaan dapat diturapkan. Alhamdudillah, Kerja Penyelenggaraan Fasa I dapat diselesaikan, satu permulaan yang bagus pada 1.12.2012.

Friday, 30 November 2012

SEGMEN: Blogwalking On December by Sandra

Salam..
Banyak juga blog otai-otai yang diterjah sepanjang minggu ini. Maklumlah sebagai orang baru dalam dunia blogging, rasanya wajar juga menyusur setiap lubok dan denai mencari ilmu dan tip-tip berblogging. Huh, memang banyak sehingga tak terkutip ilmu-ilmu dan petua-petua berblogging.

Mood blog ini kadangkala serious dan ada ketikanya agak santai. Lebih berfokas kepada aspirasi murid-murid dan guru di sebuah sekolah. Entri yang dimuatkan merupakan catatan perjalanan mereka yang bertungkus-lumus meletakkan nama sekolah mereka ke tempat yang sewajarnya.

Terima kasih kepada blogger Sandra kerana menyediakan platform untuk blowalking ini. Semuga blog ini disinggah oleh para blogger dari segenap pelosok tanah air.



Wednesday, 28 November 2012

Catatan 2012 - Wordless Wednesday

Wordless Wednesday - Setiap hari Rabu semua blogger menerbitkan satu entri  gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang kepada pengunjung untuk membuat intrepretasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya. Meminjam intro di blog HH, semoga direstui sifu.




















Tuesday, 27 November 2012

Mampukah putera-puteriku menyahut cabaran?

Salam.
Dalam 3 entri yang lalu, dikupas dengan cara terperinci tentang prestasi murid-murid Tahun 5 (Tahun 6 - 2013). Berbagai respon diterima dari ibubapa dan guru-guru. Kebanyakan mereka menaruhkan kebimbangan sama ada SK Abang Aing dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih banyak-banyak kerana rasa keperihatinan. Tidak kurang pula yang cuba mempertikai kesahihan data-data yang dibentangkan, kononnya satu strategi memohon simpati. Jauh sekali tidak, apa yang telah dibentangkan adalah data sahih. Sebagai buktinya, disertakan screen shot dari dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Pencapaian dari segi gred dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) - klik untuk image yang  lebih jelas.
Sila perhatikan angka-angka yang terdapat petak kuning. Bandingkan dengan data yang telah dikemukan dalam entri yang telah diterbitkan pada 21 November dan 22 November. Memang itulah, prestasi mereka sekarang dan saya mengajak semua pihak jangan khuatir dan lalukan sesuatu. Ayuh ibubapa, guru-guru dan putera-puteriku, kita bertindak awal mengikut kapasiti kita. Insyallah, usaha yang luar biasa akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Top 20 (nama sengaja dipudarkan) - klik untuk image yang lebih jelas.
Sekarang lihat pula senarai 'top 20' yang dipaparkan di atas. Hanya seorang saja yang memperolehi 5A, 4 orang memperolehi 4A1B, 2 orang memperolehi 4A1C, 6 orang memperolehi 3A2B, 3 orang memperolehi 2A3B, 2 orang memperolehi 3A1B1C dan 2 orang memperolehi 2A2B1C. Begitulah, bukan tujuan untuk menakutkan tetapi mengajak pihak-pihak terlibat mengambil langkah awal yang boleh memperbaiki keadaan. 

Masih tak kita ingat UPSR 1998?, pada waktu itu hanya 2 orang saja yang memperolehi 5A tapi berkat usaha yang gigih pada 1998 angka itu meningkat kepada 13 orang. Ataupun kita singkap balik ingatan pada UPSR 2009,  dari 9 orang ianya melonjak kepada 13 orang yang memperolehi 5A. Insyallah, pada 2013 kita boleh melakukan lonjakan saujana.

Pautan kepada catatan ini:






Friday, 23 November 2012

20 orang boleh tercapai sekiranya..........

Salam.
Dalam entri yang lalu, dibicara dengan panjang lebar track rekod pencapaian SK Abang Aing dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Sejak UPSR tahun 2009, pencapaian belumlah begitu cemerlang. Walaupun terdapat trend menaik, namun dari segi peratus kelulusan semua subjek tidak dapat melepasi angka keramat 80%. Begitu juga jumlah calon yang lulus cemerlang (5A) seolah-olah tersekat pada angka 13 orang.

Dalam perbicaraan pada 21 November 2012 dan 22 November 2012, dikupas dengan panjang lebar prestasi terkini murid Tahun 5  (Tahun 6 - 2013). Bak kata Puan Rohana Bustami, seorang guru Matematik, "takut, risau, gementar, gerun ......., ada benarnya kalau diamati betul-betul. Agak sukar untuk melepasi angka keramat 80% dan memperolehi 20 orang calon lulus cemerlang 5A. Percayalah, seperti pada tahun-tahun yang lalu rasa "takut, risau, gementar, gerun" hanya bersifat sementara, sekurang-kurangnya sehingga Jun 2013. Selepas semua kekuatan dan kepakaran SK Abang Aing digembleng, perasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya. Buktinya pada prestasi Matematik Tahun 6 (2012)


Prestasi Penilaian Kertas Matematik T6 (2012)

Andaikata, 20 orang calon memperolehi 5A,  peratus kelulusan melebihi 85% dan Gred Purata Sekolah (GPS) adalah 2.00 ke bawah masih menjadi, maka data-data berikut mestilah diperolehi. Ada beranikah?



SASARAN UPSR 2013
GRED
BM (PM)
BM (PN)
ENG
MATH
SC
A
60
75
25
45
35
B
40
38
40
45
54
C
25
12
50
35
35
D
4
4
10
4
4
E
1
1
5
1
2
JUMLAH MURID
130
130
130
130
130
GPMP
1.82
1.60
2.46
2.01
2.11
BIL & PERATUS LULUS
125
125
115
125
124
96.15%
96.15%
88.46%
96.15%
95.38%

PERATUS KELULUSAN = 86.15% (112 orang)
GRED PURATA SEKOLAH (GPS) = 2.00
LULUS CEMERLANG 5A = 15.38% (20 orang)


Kalau berani, jom bersama saya. Kita boleh, SK Abang Aing boleh. Hayati cogan kata "Together We Strike For The Best". Insyallah.

Pautan kepada entri ini:
Cabaran Yang Lebih Hebat
Cabaran Dan Harapan

Thursday, 22 November 2012

20 orang memperolehi 5A terus jadi impian dan harapan.

Salam.
Dah 4 tahun berturut-turut, sejak dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, impian dan harapan untuk memperolehi 20 orang calon mendapat gred 5A telah dipasak dalam sasaran tahunan. Bila saja keputusan UPSR diumumkan, impian dan harapan berkecai, bak kaca jatuh ke batu. Lihat saja keputusan UPSR 2009, sekadar 13 orang calon yang memperolehi keputusan cemerlang 5A. Tahun selanjutnya, 2010 lagi parah, sekadar 5 orang calon, bahana subjek Bahasa Inggeris yang jatuh merundum. Ketika itu, nearmiss kita seramai 30 orang calon memperolehi 4A1B. Diandaikan ketika itu, prestasi Bahasa Inggeris dapat dipertahankan, berkemungkinan lebih 30 orang calon akan memperolehi 5A. Kita seolah-olah hilang punca, alhamdudillah jiwa muslim dan profession keguruan tidak pernah mengajar untuk kita berputus asa.


Kita atur strategi, perkemaskan perancangan dan bila keputusan UPSR 2011, diumumkan SK Abang Aing kembali kepada landasan asal walaupun telah tergelincir. Pada tahun tersebut, seramai 13 orang calon memperolehi gred 5A dan keputusan keseluruhan melonjak. Dari segi bilangan calon yang lulus cemerlang dengan 5A, kita masih berada di puncak untuk daerah Sri Aman. Pada tahun ini (2012), bila keputusan UPSR diumumkan, warga SK Abang Aing seolah-olah tergamam dan terkejut berok. Apa tidaknya, hanya seramai 10 orang calon sahaja memperolehi keputusan 5A dan 11 orang calon memperolehi keputusan 4A1B. Kita tenggelam punca, subjek Bahasa Inggeris lagi yang mengheret keputusan kita. 4 subjek yang lain, masih mengekalkan kelulusan di atas 90% tapi Bahasa Inggeris berada pada 80.3%.

Nah, tahun 2013 semakin hampir menampakkan egonya. Berupayakah warga SK Abang Aing kali ini? Melihat kepada prestasi Tahun 5 sekarang, nampaknya tahun 2013 menjanjikan satu CABARAN yang agak hebat. Buktinya pada graf di bawah.


Dengan pencapaian gred A untuk setiap kertas seperti berikut:,
  • Bahasa Melayu Pemahaman = 53 orang
  • Bahasa Melayu Penulisan = 33 orang
  • English = 1 orang
  • Mathematics = 10 orang
  • Science = 15 orang
keadaan agak meruncing. Walau apa pun, kita masih berpegang teguh kepada kepercayaan kita "Usaha Yang Luar Biasa Akan Menghasilkan Keputusan Yang Luar Biasa". Insyallah.

Wednesday, 21 November 2012

Cabaran 2013 Lebih Mencabar

Salam.
Tahun 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak kejayaan yang ditempah sepanjang tahun semasa, samada di bidang akademik mahupun kokurikulum. Begitu juga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, terlalu padat dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Untuk maklumat lanjut tentang senarai aktiviti yang dilaksanakan, sila rujuk entri yang terdahulu.

Yang jelasnya, warga SK Abang Aing telah berjaya mengharungi detik-detik sukar tahun 2012. Dengan peruntukan kewangan yang agak terhad dan keterbatasan waktu, tuntutan takwim tahunan sekolah berupaya diselesaikan walaupun tarikh-tarikh yang telah ditetapkan perlu disesuaikan dengan aktiviti jabatan dan kementerian pelajaran.

Keupayaan warga SK Abang Aing mengekalkan kecermelangan dalam Penilaian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan kejayaan yang paling manis sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya. Walaupun trend penurunan (prestasi UPSR) berlaku di peringkat nasional, negeri dan daerah, SK Abang Aing masih boleh memperbaiki Gred Purata Sekolah (GPS) dari 2.18 kepada 2.15. 

Biarlah tahun 2012 berlalu dengan meninggalkan pahatan sejarah yang manis. Warga SK Abang Aing perlu melihat ke depan. Tahun 2013 sedang menunggu dengan penuh cabaran. Dengan bilangan murid-murid yang akan menduduki UPSR yang lebih ramai, kita masih menerima kemasukan perpindahan dari sekolah-sekolah lain. Sehingga ke tarikh hari ini, bilangan calon-calon yang akan menduduki UPSR 2013 adalah seramai 131 orang, pertambahan sebanyak 14 orang dari tahun 2012. 

Berikut adalah seimbas pandangan tentang prestasi bakal calon-calon UPSR 2013 untuk semua subjek. 


Dengan peratus kelulusan yang agak rendah untuk Mathematics, 53.49% tugas Panitia Matematik pasti mencabar. Lebih-lebih lagi pencapaian untuk UPSR 2012 adalah 94.0%. Pun begitu juga dengan subjek English yang hanya 67.97%, sedangkan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai adalah 84.82%. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut akan menyemarakkan semangat warga SK Abang Aing untuk lebih cemerlang.