Salam.
Setelah bertungkus-lumus menjayakan beberapa aktiviti akademik yang dirancang sejak Januari 2013, akhirnya seluruh warga SK Abang Aing terutamanya guru-guru dan murid-murid Tahun 6 menarik nafas lega. Apa tidaknya, keputusan Penilaian III yang diumumkan oleh Guru Besar menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dalam semua mata pelajaran. Peningkatan yang agak ketara adalah pada Bahasa Inggeris melonjak dari 76.91% kepada 87.20%, diiukuti oleh Matematik dari 78.23% kepada 82.40%. Secara keseluruhan peratus kelulusan (lulus semua mata pelajaran) meningkat sebanyak 11.52% iaitu dari 60.48% (Penilaian II) kepada 72.00% (Penilaian III).
Yang paling menggembirakan ialah, pencapaian bagi Bahasa Melayu Kefahaman telah mencapai sasaran UPSR 2013 iaitu 96.80%. Walau bagaimanapun usaha sekolah untuk mengecilkan angka GPS (Gred Purata Sekolah) di bawah mata 2.00 masih jauh dari jangkauan tapi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Dengan bilangan murid yang mendapat gred D dan E semakin berkurangan untuk semua mata pelajaran, harapan masih ada.
Program-program seperti Akujanji, Mentor-mentee dan PERASA (Progam Bimbingan Rakan Sebaya) yang masih rancak berjalan, banyak menyumbang ke arah peningkatan prestasi murid-murid Tahun 6. Bermula pada awal Julai nanti akan dilancarkan Gerak Gempur Kecemerlangan UPSR dan Program Motivasi akan diadakan pada 8 dan 9 Julai 2013. Dengan komitmen semua pihak termasuk PIBG (Persatuan Ibubapa Guru) dan komuniti setempat, in shaa Allah sasaran untuk mencapai kelulusan 80.20%, GPS 1.93 dan 20 orang lulus cemerlang 5A akan boleh tercapai.
|
Pelancaran Program Mentor-mentee |
|
Penglibatan ibubapa semasa Program Akujanji. |
No comments:
Post a Comment