Fenomena benak yang menggerunkan. |
Salam.
"Benak", mengikut Wikipedia, ia bermaksud fenomena air pasang yang membawa arus masuk berbentuk gelombang (ombak) - air yang bergerak ke sungai atau teluk sempit serta melawan arus.Gelombang air pasang ini, tidak boleh disamakan dengan tsunami, walaupun keduanya mempunyai persamaan sifat.
Encik Bihud Apok, pergerak utama Program Mutiara Benak |
Mengambil sifat tidal bore atau benak yang agresif serta memberi impak yang tinggi kepada persekitaran yang sedia ada, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman dengan kerjasama Majlis Guru Besar Daerah telah menjenamakan Program Kecemerlangan Calon UPSR 2013, sebagai Program Mutiara Benak. Menurut Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Bihud Apok fenomena benak yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri selalu dikaitkan dengan impak negatif, seperti kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda perlu dilihat dari sudut yang positif. Samalah halnya, dengan impaknya kepada industri pelancongan tempatan.
Pendidik di daerah Sri Aman perlu meneroka dan mencungkil potensi yang ada pada pelajar dan seterusnya menyerlahkan mereka di arus perdana sistem pendidikan negara.
Pelajar-pelajar SK Abang Aing - gambar hiasan |
Program Mutiara Benak, akan berlangsung di SK St Lawrance, Sri Aman dari 5 - 8 Jun 2013. Program tersebut melibatkan seramai 120 orang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekolah-sekolah daerah Sri Aman. Peserta-peserta yang terplih adalah kalangan mereka yang berpotensi untuk mendapat keputusan cemerlang, sekurang-kurangnya 4A1B. SK Abang Aing merupakan sekolah yang menghantar peserta terbanyak iaitu seramai 30 orang.
Dengan berslogankan, Sri Aman Cemerlang adalah diharapkan daerah Sri Aman dapat berdiri sama tinggi dengan daerah-daerah lain di negeri Sarawak dalam arus perdana pendidikan negara. Insyallah.
No comments:
Post a Comment