Sila Klik

Friday, 5 September 2014

KEPUTUSAN PENILAIAN TERAKHIR PRA UPSR (AKTIVITI GERAK GEMPUR)

Salam.
Setelah mengharungi Program Gerak Gempur UPSR selama hampir 2 bulan, kesannya begitu nyata kepada seramai 107 murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR). Prestasi mereka sentiasa meningkat dari semasa ke semasa; samada dari peratus kelulusan atau Gred Purata Sekolah. Sudut yang paling, mereka (calon-calon UPSR) lebih yakin untuk menghadapi UPSR pada 9, 10 dan 11 September nanti.
Calon-calon UPSR 2014.

Bermula dengan kelulusan 68.87% pada minggu pertama Program Gerak Gempur UPSR, terdapat peningkatan peratus kelulusan sehingga minggu terakhir program. Malah peningkatan pada pada minggu ke 3 bulan Ogos telah mengatasi sasaran sebenar UPSR 2014. Selepas itu, berlaku penurunan sedikit untuk minggu ke 4 bulan Ogos disebabkan aras kertas penilaian yang disediakan agak tinggi, itupun menyamai keputusan UPSR tahun lepas.


Peningkatan agak ketara dari sudut Gred Purata sekolah (GPS), bermula dari 2.46 mata ia mengecil sehingga 2.13 mata pada minggu terakhir bulan Ogos. Adalah dijangkakan, angka ini terus mengecil di bawah 2.00 mata iaitu mengatasi GPS yang telah dicapai dalam UPSR 2013 iaitu 2.03.


Kejayaan mengadakan Program Gerak gempur UPSR yang diadakan dalam dua fasa adalah hasil kerja keras PENERAJU-PENERAJU TAHUN 6 yang dipimpin oleh Penolong Kanan Akademik dan dijaya dengan memuaskan oleh JK Pengelola yang terdiri dari Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matemati dan Sains serta guru-guru lain yang telah membantu. Syabas dan tahniah.

No comments: