Salam.
- Nurul Farhana bt Razali
- Wan Aiman b Wan Azhar
- Nur Fatihatul Zulizam bt Zamri
- Mohamad Zaim Iqmal b Zulkapli
- Nur Yusrabiatul Syafiqah b Abdul Kadir
- Christina Jacquelina Selah ak James
- Siti Zahirah bt Kiprawi
- Nur Naida Nashira bt Azlan
- Afiq Hizami b Ya'akup
- Aqisha Efyshadatul bt Ahmad
Sebenarnya anda semua berpotensi untuk berjaya. Berpotensi untuk menjadi seorang insan yang hebat dan yang paling PENTING berpotensi untuk Lulus Cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan datang, sebabnya mudah saja anda semua pernah mendapat keputusan 5A, sekurang-kurangnya sekali malah ada yang telah berjaya lebih dari tiga kali.
Nurul Farhana, pertama kali menyerlah dengan keputusan 5A pada Penilaian April. Bulan berikutnya mendapat 4A1B dan merangkul semula 5A dalam Penilaian Jun. Entah mengapa pada penilaian-penilaian yang seterusnya keputusan cemerlang yang telah diperolehi tidak dapat dipertahankan. Keputusan 5A untuk UPSR boleh ditebus balik sekiranya Nurul Farhana meletak 100% penumpuan kepada pelajaran. Lupakan buat sementara perkara-perkara yang kurang penting. In shaa Allah, 5A untuk Nurul Farhana.
Setelah bertungkus-lumus bersaing dengan rakan-rakan sekelas, akhirnya Wan Aiman memperolehi keputusan 5A dalam penilaian minggu ketiga Julai. Seterusnya untuk penilaian yang berikutnya, pencapaian terbaik adalah 4A1B dan Matematik merupakan "killer subjek". Teruskan berusaha Wan, perbanyakkan latihan untuk Matematik dan senjata yang paling ampuh sekarang ialah berdoa.
Pada awal tahun, Nur Fatihatul tidaklah begitu menyerlah. Sering mendapat Gred B untuk Sains dan pernah mendapat Gred C dalam penilaian pertengahan Jun. Mungkin tercabar dengan Gred C tersebut, terus berusaha dan akhirnya mendapat keputusan 5A untuk penilaian yang berikutnya. Selepas itu dan sehingga kini, belum berupaya meleraikan belenggu Gred B untuk Sains. Subjek lain, bukan merupakan masalah kepada Nur Fatihatul. Sekarang hanya memerlukan sedikit usaha untuk lebih fokus. In shaa Allah, Nur Fatihatul memang layak untuk dapat 5A dalam UPSR.
Sejak pertengahan tahun 2014 iaitu bermula Mei, Mohamad Zaim sentiasa menempatkan dirinya dalam kelompok 10 teratas. Dari semasa ke semasa sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dalam 'ranking' Tahun 6. Pada ketika-ketika tertentu berada dalam kelompok 5 teratas. Secara tiba-tiba dalam penilaian minggu kedua Julai, nama Mohamad Zaim jatuh merosot ke tangga 21 tapi bangkit semula dalam penilaian yang berikutnya ke tangga 6 sekaligus mencapai keputusan 5A. Teruskan, dan miliki semula 5A yang pernah dicapai.
Bermula dari ranking yang ke 13 dari 107 calon-calon UPSR, Nur Yusrabiatul berusaha dengan gigih untuk memperbaiki prestasinya. Dengan keadaan persekitaran yang agak mencabar, semuanya dihadapi dengan penuh ketabahan dan hasilnya keputusan 5A dapat juga dicapai dalam penilaian pertengahan Ogos. Syabas Yus, ulangi kejayaan tersebut di dalam UPSR yang sebenarnya.
Sepanjang penilaian 2014, Christina Jacquelina pernah mencapai keputusan 5A sebanyak 3 kali. Kali pertama pada bulan Jun, kemudian bulan Julai dan diikuti pada bulan Ogos. Untuk mengekalkan prestasi 5A, Christina perlu memperbaiki diri dalam subjek Matematik dan Sains. Perbanyakkan latihan menyelesaikan masalah Matematik dan fahami konsep Sains terutama yang melibatkan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi. Kalau dapat dilakukan dalam masa terdekat ini, 5A pasti milik Christina.
Syabas Siti Zahirah, akhirnya dapat membuktikan anda berhak untuk memperolehi kecemerlangan. Penilaian terakhir sebelum UPSR, 'ranking' Siti Zahirah berada pada kedudukan ke 8 daripada 107 orang calon UPSR. Walaupun, pada awalnya 'ranking' berada di sekitar kelompok 30 teratas. Ketekunan dan kegigihan adalah kunci kejayaan untuk menempatkan diri dalam kumpulan 10 teratas. Dengan keputusan A (83) - BM Pemahaman, A (97) - BM Penulisan, A (77) - English, A (77) - Matematik dan A (84) - Sains, menjadikan laluan 5A dalam UPSR sebenar bertambah mudah. Syaratnya, Siti Zahirah perlu mengelakkan sebarang kesilapan dan berdoalah kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan semasa dalam Dewan Peperiksaan.
Ke 28, ke 16, ke 13, ke 5, ke 6, ke 8, ke 26, ke 16, ke 21 dan ke 7 begitulah 'ranking' Nur Naida Nashira daripada 107 orang calon UPSR sepanjang tahun 2014. Walaupun dalam keadaan yang agak sukar kerana persaingan sengit daripada rakan-rakan namun berjaya juga merangkul Gred 5A. Sekarang penumpuan harus diberi kepada subjek Bahasa Inggeris dan Sains untuk mengekalkan keputusan yang cemerlang. Harapan semua guru, agar dapat melihat nama Nur Naida Nashira sebaris dengan calon-calon UPSR yang mendapat 5A.
Daripada 11 penilaian yang diadakan setakat ini, Aqisha Efyshadatul berupaya mendapat keputusan 5A, iaitu pada bulan Jun, akhir Julai dan minggu ketiga Ogos. Ini membuktikan, peluang untuk mendapat keputusan 5A dalam UPSR yang akan datang semakin terserlah. Cuma, Aqisha Efyshadatul perlu lebih berhati-hati untuk subjek Bahasa Melayu Pemahaman. Fahami betul-betul soalan dan pilihan jawapan yang diberi sebelum membuat pilihan jawapan. In shaa Allah, semuanya akan berlaku seperti yang diimpikan.
Kali terakhir Afiq Hizami, memperolehi 5A adalah pada penilaian Jun. Walaupun tidak berjaya mengekalkan keputusan tersebut, 'ranking' Afiq Hizami sentiasa berlegar di sekitar kelompok 20 teratas. Untuk lebih berjaya, perlu ada kesungguhan dan ketelitian semasa berada dalam Dewan peperiksaan. Hendaknya, dalam tempoh berbaki sebelum tarikh UPSR, perlu berdamping rapat serta mendapat rujukan daripada guru dan rakan-rakan yang boleh membantu. Buangkan jauh-jauh rasa malu dan segan untuk bertanya.
Peneraju Tahun 6 bersama pentadbir sekolah. |
Dengan tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), yang berbaki 6 hari lagi, usaha untuk memperbaiki lagi prestasi calon-calon sedang dipergiatkan. Berbagai strategi dan kaedah dilakukan dan semestinya pada ketika ini pendekatan "berfokus" digunakan. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua Peneraju Tahun 6, 2014. Allah saja yang layak dan berhak menganugerahkan ganjaran kepada semua yang terlibat. Amin.
No comments:
Post a Comment