Sila Klik

Thursday 12 June 2014

Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 Untuk Ahli Kelab TAHA (Lembaga Tabung Haji)



Salam. 
Semakin hampir tarikh Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014, semakin gigih badan-badan korporat menganjurkan program-program untuk membantu calon-calon UPSR mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak ketinggalan Lembaga Tabung Haji (Sri Aman) melalui Kelab TAHA akan menganjurkan Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 yang bertepatan dengan objektif penubuhan Kelab Taha pada tahun 2008. 
  • Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji (TH) di usia muda.
  • Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya.
  • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membengkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda.

Pada 9 Mei 2014, Kelab TAHA Tabung Haji (TH) telah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai sebuah kelab yang mempunyai jumlah keahlian pelajar sekolah paling ramai di Malaysia (Most Number of School Students Memberships In A Single Club) iaitu seramai 1,119,094 pada 31 Disember, 2013.

Berbalik kepada Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 di Sri Aman. Ianya akan diadakan pada 14 Jun, 2014 di Dewan Al-Ghazali, SK Agama Sri Aman dari pukul 7.00 pagi hingga 4.00 petang. Menurut Encik Awang Hussine bin Awang Dolhan, pegawai di LembagaTabung Haji Daerah Sri Aman yang terlibat secara langsung sebagai urusetia, seramai 250 orang calon UPSR 2014 dari 8 buah sekolah termasuk SK Abang Aing  akan menyertai Program Klinik Bimbingan UPSR 2014 peringkat daerah Sri Aman dan Lubok Antu. Empat orang penceramah dari DIDIK (Akhbar Dalam Darjah), Berita Harian akan mengendalikan program tersebut.

Program Klinik Bimbingan UPSR diadakan secara percuma untuk ahli-ahli kelab yang akan menduduki UPSR 2014 oleh Kelab TAHA, Tabung Haji (TH). Adalah menjadi harapan penganjur untuk melihat lebih ramai calon-calon UPSR 2014 memperolehi keputusan yang cemerlang. InshAllah.

Sebagai panduan di bawah adalah cadangan program yang akan berlangung pada 14 Jun 2014 (Sabtu).

ATURCARA PROGRAM

0700 - 0740 
Pendaftaran Peserta

0745 - 0800 
Taklimat Urusetia

0800 - 1000
Slot 1 
Bahasa Melayu

1000 - 1015
Minum Pagi

1015 - 1215
Slot 2
Matematik

1215 - 1315
Rehat, Makan Tengahari & Solat Zuhur

1330 - 1530
Slot 3
Sains

1530 - 1600
Majlis Penutupan & Sesi Bergambar


No comments: