Sila Klik

Thursday, 6 June 2013

Asam-garam Cuti Sekolah



Salam.
Beberapa hari lagi, sekolah akan dibuka semula. Cuti pertengahan tahun hampir berlalu, sejauh manakah hari-hari tersebut dimanfaatkan? Terisikah masa luang pelajar dengan dengan aktiviti yang berfaedah? Ia bergantung kepada kita - guru-guru dan ibubapa. Kitalah yang sepatutnya merancang aktiviti pelajar dan anak-anak kita semasa cuti. Walaupun cuti, biarlah masa cuti adalah masa yang mempunyai nilai.
Perancangan waktu cuti


Tanpa perancangan dari guru-guru dan ibubapa, hari-hari cuti akan pergi umpama angin senja. Kalau beginilah, lebih baik tak perlu cuti. Masa luang pelajar akan terisi dengan penuh bermakna, sekurang-kurang mereka kurang terdedah dengan unsur yang negatif. Bila terjadi begitu, kucar-kacir satu dunia. Alam sekitar pun turut terancam. Alangkah moleknya, sekiranya sewaktu cuti begini, hanya sekolah yang bercuti dan pelajar diaktifkan dengan kegiatan kokurikulum. Jadi kuranglah, aktiviti kokurikulum diadakan waktu persekolahan.


Harap-harap waktu cuti tidak menjadi penyebab kepada kemudaratan pihak lain

Lazimnya, ibubapa yang ada kesedaran akan merancang agar masa cuti sekolah anak-anak dioptimum sebaik mungkin. Mereka merancang perkelahan keluarga ataupun menziarahi ahli keluarga yang tinggal berjauhan untuk mengeratkan silatulrahim di kalangan anggota keluarga. Tidak kurang pula yang menghantar anak-anak untuk menghadiri kem kem motivasi dan bina semangat, khususnya pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam tahun ini.

Isnin depan, sesi penggal kedua persekolahan akan dimulakan. Entah berapa ramai yang tidak nampak 'batang hidung' pada hari pertama. Banyak alasan yang akan diterima. Entahlah, yang pastinya cuti yang berjumlah 16 hari memang lebih dari mencukupi.
Kecederaan sewaktu cuti

2 comments:

Abang rosni Abang Moslini said...

Salam..saya setuju sangat apa yang telah cikgu tulis tu..ibubapalah yang main peranan mengatur halatuju anak2 sepanjang cuti ni..semoga cuti yang panjang ni dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya..

Sifu wan said...

Wsalam. Tugas paling mencabar pendidik (guru), menyedari pelajar-pelajar cara pengurusan masa dan jati diri.