Sila Klik

Sunday 7 June 2009

UPSR semakin dekat.........

Salam.
Kurang dari 100 hari pelajar-pelajar Tahun 6 akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), atau lebih tepat lagi 93 hari lagi dari sekarang. Berbagai usaha telah dibuat dan akan dibuat. Esok (08.06.2009) sehingga hari Khamis (11.06.2009) merupakan siri ke 2 Kelas Pengukuhan UPSR semasa cuti. Harap-haraplah kehadiran pelajar-pelajar yang terlibat agak positif seperti juga kehadiran mereka dan ibubapa masing-masing semasa Program Kecemerlangan UPSR pada 23 Mei 2009 di Dewan Suarah Sri Aman. Sehubungan dengan itu, seramai 19 0rang akan menghadiri Klinik UPSR 2009 anjuran Unit Pendididikan Berita Harian Sdn Bhd pada 20 hingga 21 Jun 2009 bertempat di Dewan Auditorium DBKU, Kuching. Harapan awal seramai yang mungkin akan menghadiri klinik tersebut, mungkin faktor pengangkutan dan penginapan menjadi masalah. Semoga hasrat menghantar beberapa orang guru yang bertindak sebagai fasilitator mendapat restu dari pihak urusetia penganjur. Sekiranya usaha ini berjaya, dapatlah juga pelajar-pelajar lain yang tidak berpeluang menghadiri klinik tersebut merasa tempiasnya. Insyallah.

Dalam keghairahan mengatur strategi untuk mengangkat martabat SK Abang Aing ke tempat yang sewajarnya terdengar suara-suara sumbang dan negatif. Kononnya, sekarang pelajar-pelajar SK Abang Aing bersekolah sepanjang tahun - tidak ada cuti. Pelajar tidak kesempatan untuk bermain, masa menonton televisyen semakin terhad dan keletihan dibebani kerja sekolah. Ujian atau penilaian semakin bertambah. Aduhai, banyaknya rungutan, tapi itu tidak membantut usaha yang sedang dan akan dilaksanakan. "Untuk mendapat kejayaan yang luar biasa, memerlukan usaha yang luar biasa", sekadar mengimbas kembali ucapan semasa Majlis Menandatangani Surat Akujanji Pelajar Tahun 6 pada 12 Mac 2009 dulu.

W'salam

2 comments:

ismailrich said...

"Untuk mendapat kejayaan yang luar biasa, memerlukan usaha yang luar biasa", sekadar mengimbas kembali ucapan semasa Majlis Menandatangani Surat Akujanji Pelajar Tahun 6 pada 12 Mac 2009 dulu.
- a nice quote

Noraisah HAR said...

Saya tiba-tiba teringat perbualan dengan ayahanda mertua saya, jawatan terakhirnya Pengetua Sekolah Abu Bakar, Muar. Dia bercerita bahawa dia berjumpa dengan seorang Pengetua sekolah aliran Cina yang berdekatan yang mana pelajarnya mendapat keputusan A dalam Matematik ujian PMR hampir 30 orang. Mungkin jika sekolah di bandar, jumlah ini tidak menghairankan tetapi dengan keadaan sekolah di luar bandar yang serba serbi kekurangan dan pendapatan ibubapa murid merupakan antara kekangan utama. Bila ayahanda bertanya apa resepinya..cikgu cina itu memberitahu bahawa murid-muridnya disuruh membuat latihan matematik dari 32 buah buku latihan pada tahun ujian tersebut. Anda semua boleh bayangkan dan kirakan masa untuk menjawab soalan dari pelbagai topik, dari pelbagai jenis buku latihan. Itu antara usaha yang kita tidak boleh pandang sebelah mata..dan saya cuba untuk mengaplikasikan latih tubi ini pada anak-anak saya. Tapi apa yang ketara dikalangan anak Melayu, anak-anak kita selalu bersikap sambil lewa dan malas. Sama-samalah kita berusaha ke arah pembangunan jati diri dan pembangunan ummah masa depan yang lebih cemerlang. Jazakallah...