Sila Klik

Wednesday 3 October 2012

SBP atau MRSM atau Sekolah Sukan ataupun Sekolah Seni?? - Buatlah Pilihan yang Bijak

Saya percaya semua murid Tahun 6 sekarang dah tak sabar-sabar hendak memulakan alam persekolahan menengah mereka pada tahun depan. Alhamdudillah, pupuk terus semangat yang berkobar-kobar itu. Saya juga percaya, mereka sedang berfikir tentang sekolah pilihan mereka.

Nah! Pilihan di tangan anda semua. Sebagai panduan, pilihan-pilhan yang terdapat sekarang agak banyak dibandingkan 10 atau 15 tahun yang lalu. Kepesatan pembangunan pendidikan telah memberi banyak peluang. Antaranya:

  • Sekolah Seni

  • Sekolah Sukan
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
  • Sekolah Kawalan
  • Sekolah Biasa

Tepuk dada tanya selera dan pilihan anda haruslah disepadankan dengan kecenderungan atau minat dan yang paling penting keputusan UPSR. Kebanyakan sekolah-sekolah di atas kecuali sekolah biasa menetapkan dan mensyaratkan tahap kelulusan tertentu.





Kemasukan ke SBP atau Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013  dibuat secara talian atau online. ianya telah dibuka dari 15 September hingga 31 Oktober 2012. Untuk mengakses aplikasi permohonan ke sekolah tersebut, berikut adalah prosedur yang perlu diikuti.

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
  1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my.
  2. Mencetak 2 salinan pemohonan setelah ditandatangani oleh ibubapa untuk diserahkan kepada Guru Besar sekolah masing-masing.
  3. Setelah mengesahkan maklumat dalam borang permohonan, Guru Besar akan menghantar salinan kedua kepada Pengetua SBP yang dipohon.

SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP.

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid Sekolah Kebangsaan.
  3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik atau Sains memperolehi gred A
  4. Aktif dalam kokurikulum


Bertindaklah sekarang, sebelum permohonan atas talian ditutup pada 31 Oktober 2012.

2 comments:

Denaihati said...

askm. baru tahu ada sekolah seni. thank for info.

ismailrich said...

Wsalam.
Alhamdudillah. Terima kasih tuan. Rasa bertuah blog saya disinggah oleh master blogger.