Sila Klik

Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya




Salam.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN, terutama sekali kepada rakan-rakan dan pengunjung blog ini. Pada kesempatan yang tak ternilai ini, saya ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pengunjung blog dan terima kasih juga kepada semua warga SK Abang Aing yang telah memberi sokongan yang tak berbelah bagi. 

Saya memohon jutaan maaf sekiranya sepanjang saya menyampaikan idea dan pandangan menerusi blog ini dan juga sepanjang menjalankan tugas terdapat tindakan dan bahasa yang mungkin menyinggung hati dan perasaan. Tidak terlintas untuk berbuat demiikian, sebaliknya saya hanya mahu menyampaikan pandangan dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jujur dan berterus-terang atas niat dan tujuan yang satu: untuk kebaikan dan kelangsungan masa depan kita semua.

Selamat hari raya.


4 comments:

THE AUTHOR said...

Salam Hari Raya untuk cikgu

Unknown said...

Selamat hari raya jugak untuk tuan.

Unknown said...

Selamat hari raya buat cikgu sekeluarga.....maaf atas segala silap dan salah....

Unknown said...

Selamat Hari Raya jugak kepada Wan sekeluarga.