Sila Klik

Thursday 7 November 2013

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2013

Salam.
Debaran jantung 478,848 orang calon (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) UPSR 2013 semakin kuat. Semakin hampir tarikh rasmi keputusan UPSR 2013 diumumkan semakin lajulah debaran tersebut. Perkara yang sama turut dialami oleh 125 orang calon UPSR 2013 dari SK Abang Aing, Sri Aman. Mereka seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui keupayaan masing-masing di dalam peperiksaan awam tersebut.

Mengimbas kembali sebelum menduduki UPSR 2013

Kebanyakkan maklumat dari blog-blog pendidikan menyatakan bahawa tarikh rasmi keputusan UPSR 2013 akan diumumkan dalam minggu ke 3 bulan November. Antaranya blog-blog yang mengupas tentang tarikh tersebut ialah NIZARAZU.COMGerbang Pendidikanmysumber.com dan banyak lagi. Masa entri ini ditulis kita berada dalam minggu ke 2 bulan November. Maksudnya, tarikh rasmi adalah dalam minggu depan. Sama ada pada 11, 12, 13, 14 ataupun 15 November. Daripada amalan pada tahun-tahun sudah kecuali pada tahun 2012, tarikh rasmi keputusan UPSR diumumkan adalah pada minggu terakhir sesi persekolahan tahun semasa. Sahihlah ianya akan diumumkan pada minggu depan - minggu ke 3 bulan November.

Dari sumber yang tidak begitu sahih, tarikh rasmi keputusan UPSR akan diumumkan pada hari Khamis, 14 November 2013. Apa pun kita tunggu sajalah pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia sedikit masa lagi.

Inilah yang akan kita lihat pada 14 November nanti.

No comments: