Sila Klik

Thursday 13 September 2012

"Yoh UPSR dah abis, merdeka!", teriak murid Tahun 6

Salam.
Betul, kertas UPSR terakhir berlangsung hari ini diikuti dengan Ujian Aptitud. Tak semestinya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dah berakhir, semuanya berakhir, semuanya boleh goyang kaki dan semua nak tolak buku ke tepi. Program-program sekolah masih banyak yang berderet, menunggu hendak dilakukan. Program Persediaan Ke Sekolah Menengah, Ceramah Akil Baligh, Perkhemahan Badan Beruniform, Kursus Kepimpinan dan Khatam Al-Quran, sekadar menyebut beberapa aktiviti yang akan dilakukan.

Kepada murid-murid Tahun 6, helalah nafas panjang-panjang menandakan kita dah selesaikan satu misi yang amat penting. Bersedialah menyingsing lengan dan mengelap peluh di dahi untuk program-program selanjutnya. Satu tempoh yang amat meletihkan tapi seronok sehingga sesi persekolahan 2012 tamat. Semuanya dilakukan, untuk persediaan ke fasa baru alam persekolahan di sekolah menengah dan yang pentingnya, pelengkap kepada persediaan mendekati alam remaja.

Sebagai santai kepada minda, selepas bertungkus-lumus dengan kertas-kertas UPSR, dipersembahan katun-katun yang berkaitan dengan aktiviti sebelum ini. Salam hari Malaysia.


                               




No comments: