Sila Klik

Tuesday 18 September 2012

Menghitung hari

Salam.
52 hari lagi untuk sesi persekolahan 2012 berakhir. Tolak Sabtu, Ahad dan cuti umum hanya tinggal 37 hari sahaja lagi. Apa yang boleh kita buat dengan baki hari-hari tersebut, terutama murid-murid Tahun 6 sebelum mereka memulakan alam persekolahan menengah. Kalau sebelum ini mereka agak kesuntukan masa kerana persediaan menghadapi UPSR. Kelas bimbingan, ceramah motivasi, sesi bengkel menjawab soalan, perjumpaan dengan mentor, membimbing atau dibimbing rakan sebaya sehinggakan detik-detik berada di sekolah amat pantas berlalu.

Sekarang masa agak terluang, tapi tempoh amat singkat. Cuma 37 hari saja lagi. Jangan difikirkan tempoh 37 hari, fikirkan apa yang dapat dibaktikan kepada sekolah, rencanakan sekerap yang boleh apa yang kita lakukan dapat melapangkan hati guru-guru dan pastikan kehadiran dalam 37 hari di sekolah mengembirakan rakan-rakan. Jangan nanti apabila sudah berada di sekolah menengah, masing-masing mengeluh, "aduh rindunya dengan sekolah lamak".
Baru terasa betapa hangatnya genggaman tangan cikgu apabila disalami.

Nah, dalam tempoh 37 hari, banyak program telah direncanakan. Dalam September saja, akan dijalankan Sukaneka Tahun 6, Ceramah Akil Baligh dan Gotong-royong Perdana. Sementara dalam bulan Oktober, agak padat - dimulakan dengan Perkhemahan Badan Beruniform, Penilaian Akhir Tahun Sukan Sekolah, Kem Bestari Solat, Khatam Al-Quran, Ceramah Pencegahan Jenayah, Ceramah / Bimbingan Kerjaya, Latihan Kebakaran serta Pertandingan Koir. Pada bulan November telah dirancang Lawatan Sambil Belajar pada 1 dan 2 November dan diakhiri dengan acara kemuncak Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang.



Ayuh, penuhilah baki-baki hari yang ada dengan menghadirkan diri ke sekolah. Kumpulkan sebanyak mungkin kenangan-kenangan manis pada tahun terakhir di SK Abang Aing. Jadikan tempoh 6 tahun bersekolah di SK Abang Aing sesuatu yang terindah sepanjang hayat. Berjanjilah kepada guru untuk menjadi manusia yang sempurna apabila meninggalkan SK Abang Aing.
Amin.


No comments: