Salam.
Kerja-kerja mengecat dalam dan luar Blok B, hampir selesai. Nampak kemas, bersih dan ceria. Kita menaruh setinggi harapan agar penampilan bilik kelas yang kemas, bersih dan ceria akan menyemarak lagi semangat untuk belajar putera-puteri SK Abang Aing. Pun kita berharap agar penampilan yang kemas, bersih dan ceria dapat dikekalkan lama. Tiada kerja-kerja nakal menconteng dinding.
Kerja selanjutnya ialah memasang jubin pada lantai di setiap bilik kelas, sebanyak 22 buah kelas semuanya tidak termasuk yang sudah dipasang jubin.Lagi bertambah kemas, bersih dan ceria. Maka tiada lagi rungutan ibubapa, kasut dan stokin anak-anak cepat kotor dan rosak dek lantai yang tidak berjubin. Dulu-dulu, lantai bilik kelas kita daripada tanah kuning dan bangku-meja dari papan kotak kayu. Itu dulu, zaman tidak ada facebook dan twitter.
Alhamdudillah, dek kerana keprihatinan kerajaan, penampilan sesetengah sekolah mengalah hotel 5 bintang, apa lagi kalau dibandingkan dengan pejabat kerajaan yang nampak usang dan tak bermaya. Itulah nikmatnya, merdeka. Masih ingat dulu, semasa mula memasuki alam persekolahan di awal tahun kemerdekaan keadaan sekolah agak daif. Lantai daripada tanah kuning, dinding separuh daripada buluh dibelah dua dan atap dari daun nipah. Ah, itu dulu zaman nasi berlaukkan telur masin dibahagi empat.
Apa-apa pun kita berharap agar kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf ke atas fizikal SK Abang Aing dapat disiapkan mengikut jadual. Biarlah kita mulakan sesi persekolahan 2013 dengan semangat yang berkobar-kobar. Insyallah.
Entri yang berkaitan:
No comments:
Post a Comment