Sila Klik

Tuesday 29 January 2013

Alias dan Siti Norbaya mendapat cermin mata percuma.


Salam.
Satu skim khusus untuk membantu murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai masalah penglihatan telah lama diwujudkan. Skim Subsidi Cermin Mata yang diwujudkan di bawah Sektor Hal Ehwal Murid, Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Sarawak telah memberi manfaat kepada ramai murid sejak ianya diwujudkan. 


Siti Norbaya Mokti menerima bantuan cermin mata dari Guru Besar.

Murid-murid yang telah dikenalpasti menghadapi masalah penglihatan setelah dirujuk kepada klinik kesihatan kerajaan akan mendapat surat pengesahan untuk di bawa ke kedai-kedai cermin mata yang mengambil bahagian di dalam Skim Subsidi Cermin Mata. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pakar mata untuk menentukan kesesuaian cermin mata. Sekiranya harga cermin mata melebehi harga maksima yang ditentukan, kos selebihnya akan ditanggung oleh murid itu sendiri. Dalam kebanyakan kes, pemilik kedai cermin mata telah bermurah hati menanggung kos tersebut.

Alias Reduan dengan penuh keyakinan memakai cermin mata.

Pada 23 Januari 2013, merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi 2 orang murid, iaitu Alias bin Raduan seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi dan Siti Norbaya bt Mokti, murid Tahun 6. Mereka masing-masing telah menerima sepasang cermin mata dari Skim Subsidi Cermin Mata yang telah disampaikan oleh Guru Besar semasa perhimpunan mingguan.

No comments: