Salam.
Alhamdudillah, Program Transisi Tahun 1, 2013 telah berjaya dikendalikan oleh guru-guru yang terlibat terutama yang mengajar Tahun 1. Program tahunan yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bermula dari 2 Januari hingga 23 Januari 2013.
ANAK CEMERLANGSayalah permata
Anak cemerlang
Kebanggaan ayah dan ibu
Saya dibesarkan dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik
Untukku.....
Menjadi harapan
Di masa hadapan
Sayalah anak yang cemerlang
- sumber dari Modul Latihan Guru Tahun Satu
Program yang lebih dikenali sebagai Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan membantu murid menghadapi perubahan dalam transisi dari pendidikan tidak formal (Prasekolah / TADIKA) ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dijalankan selama 3 minggu, bertujuan untuk membina hubungan mesra di antara murid sesama murid dan di antara murid dengan guru. Program ini juga memperkenalkan murid kepada budaya dan persekitaran sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Aktiviti dinamika kumpulan
- Pengukuhan sosialisasi
- Pergerakan motor halus
- Motivasi diri
- Belajar melalui bermain
- Belajar sambil meneroka
- Pemupukan nilai murni dan
- Pemupukan daya kreativiti
Setelah berlangsung selama 3 minggu, satu majlis serba ringkas telah dijalankan untuk menandakan penutupan program tersebut. Majlis telah dilangsung pada 23 Januari 2013 di Dewan Bougainvillea dan dihadiri oleh semua murid Tahun 1, guru-guru Tahun 1 dan semua Penolong Kanan. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, Wan Ismail bin Wan Chula.
Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku |
Si cilik memimpin nyanyian lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri. |
Bacaan Doa |
Khusyuk mengaminkan doa. |
Guru Besar memberi kata-kata motivasi. |
No comments:
Post a Comment