Sila Klik

Wednesday 23 January 2013

Kawad Pasukan Beruniform Sekolah


Logo Karnival Sri Aman 2013


Salam.
Sempena dengan Hari Ulang Tahun Ke 43 dan genap 15 tahun penempatannya di Sri Aman, Batalion Ke 13, RAMD menganjurkan Karnival Sri Aman 2013. Karnival tersebut akan berlangsung dari 25 - 27 Januari yang bertempat di Kompleks Sukan Sri Aman.

Banyak aktiviti telah diatur yang melibatkan penyertaan orang awam, badan korporat dan agensi-agensi kerajaan termasuk sekolah-sekolah di sekitar Bandar Sri Aman. Sekadar menyenaraikan beberapa aktiviti seperti Benak Big Burger Challenge, Battle of The Band, beberapa pertandingan sukan seperti Paintball, Futsal, Tarik Tali, dan beberapa acara yang berbentuk hiburan dan mencungkil bakat.  

Putera-puteri SK Abang Aing tidak ketinggalan untuk turut serta mengambil bahagian dalam karnival tersebut. Pada awalnya, perancangan sekolah hendak menghantar 2 pasukan untuk Pertandingan Kawad Pasukan Beruniform Sekolah, pasukan Kadet Remaja sekolah (TKRS) dan Pergerakan Pengakap. Di saat-saat akhir kita hanya dibenarkan menghantarkan satu pasukan sahaja oleh sekolah pesaing, kononnya khuatir SK Abang Aing membolot kejuaraan walaupun pihak penganjur memberi lampu hijau. Congak kiri kanan, atas bawah, SK Abang Aing mengambil keputusan menghantar pasukan Pergerakan Pengakap Perempuan.


Pasukan "Boleh Menang" giat melakukan latihan
Dengan kegigihan dan semangat yang ada pada pasukan, para jurulatih Puan Hairyati Alon dan Encik Mohd Tahir tetap optimis, pasukan yang mewakili SK Abang Aing  tidak akan menghampakan. Sekurang-kurangnya berada pada tempat ketiga teratas. Sasaran adalah menjuarai pertandingan tersebut. Insyallah.


Pasukan yang akan mengegarkan Kompleks Sukan dengan derapan kasut dan laungan perintah perbarisan.

No comments: