Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh. Pelan yang dilancarkan hari ini mengariskan 11 anjakan yang diperlukan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara bagi tempoh 13 tahun akan datang.
Sebelas anjakan yang digariskan adalah:
- Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
- Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Melayu dan Inggeris;
- Membangun rakyat Malaysia yang dipacu oleh nilai murni;
- Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
- Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
- Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
- Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
- Menambahbaik keupayaan penyampaian kapasiti kementerian;
- Bekerjasama dengan ibubapa, masyarakat dan sektor swasta'
- Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
- Meningkat ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin program transformasi tersebut akan dilaksanakan dalam 3 fasa.
Gelombang 1 (2013-2015)
- Peningkatan dalam kemahiran guru.
- Kualiti pengajaran.
- Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah.
- Mutu kepimpinan sekolah.
Gelombang 2 (2016-2020)
- Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 orang guru dan 10,000 orang pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baru.
- bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran di struktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang 3 (2021-2025)
- Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebehi standard minimum.
Pelan itu mensasarkan hasil kepada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Ia juga turut mensasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Terbitan entri ini mendapat restu dari pemilik blog Kopi O Kaw
No comments:
Post a Comment