Sila Klik

Friday 14 June 2013

Kejuaraan Milik Pendekar Kita

Salam.
Tahniah kepada pendekar-pendekar SK Abang Aing. Sekali lagi mereka melakar sejarah. Mereka telah merangkul juara dalam Pertandingan Paluan Kompang  dan Formasi, peringkat daerah Sri Aman.  Kejuaraan, yang sekaligus mengesahkan penyertaan mereka dalam Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi, peringkat negeri Sarawak.

Lagak pendekar yang akan turun bertempur

Dengan bimbingan dan tunjuk-ajar daripada 4 orang guru: Encik Kamsul Mohd Pon, Puan Dayang Hamidah, Puan Fatimah Achau dan Ustazah Nurul Aini akhir 18 orang pendekar sekolah telah membuktikan mereka terbaik dalam daerah Sri Aman. Pergorbanan berlatih sewaktu orang lain seronok bercuti telah membuahkan kejayaan. Mereka adalah wira-wira yang telah mengharum dan mengukir nama sekolah di persada Sri Aman dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Insyallah.

Kumpulan Paluan Kompang Dan Formasi 
Perjuangan seterusnya adalah, pada 1 Julai 2013. 18 orang pendekar ini akan mempersembahan paluan dan langkah-langkah kreatif semasa Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi peringkat negeri Sarawak. Mereka akan berentap dengan lebih 10 kumpulan dari seluruh negeri Sarawak. Semoga mereka akan terus melakar sejarah kejuaraan bagi SK Abang Aing. Harapan kita agar mereka dapat mewakili Sarawak ke peringkat kebangsaan, mengiringi kejayaan Kumpulan Action Song.

Semangat yang berkobar-kobar, sebelum berjuang.


3 comments:

Abang Rosni Bin Abang Moslini said...

Tahniah Pasukan Kompang SK Abang Aing kerana telah memenangi pertandingan tersebut..buat sehabis baik pada pertandingan peringkat negeri nanti..semoga kejayaan mengiringi kalian semua..Insya Allah..Amin

Unknown said...

Kali ini kita buat yang paling baik. jadi tuan rumah kalau Sri Aman tak menang, tak berapa bagus jadinya. sekurang-kurangnya kita beri saingan yang cukup sengit.

Anonymous said...

Sk Abang Abdul Kadir juak menang
.....