Sila Klik

Tuesday, 24 June 2014

Program Mutiara Benak Zon Lingga - Cabaran UPSR 2014.

Salam.
Program Mutiara Benak - Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan selaras dengan aspirasi mantan Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman bagi melonjakkan prestasi sekolah-sekolah daerah Sri Aman dalam UPSR. Program ini telah dijalankan sejak 2012 dan telah menampakkan impaknya pada tahun lepas. Setelah diadakan selama 2 tahun, UPSR 2013 bagi daerah Sri Aman merupakan pencapaian terbaik sejak 5 tahun lepas.

Program Mutiara Benak 2014, dilaksanakan dengan strategi yang berbeza – sekolah-sekolah daerah Sri Aman dikelompokkan kepada 4 zon, masing-masing dinaungi oleh seorang Wakil Rakyat bagi zon tersebut. Bagi Zon N. 23 Lingga terdiri dari 9 buah sekolah: 
  1. SK Abang Aing
  2. SK Sembayang
  3. SK Pulau Seduku
  4. SK Gran Stumbin
  5. SK St Dunstan Seduku
  6. SK Lela Pahlawan
  7. SJK Chung Hua Lingga
  8. SK Engkranji
  9. SK St Paul Banting

Program yang diadakan selama 3 hari dari 19 Jun hingga 21 Jun telah dihadiri seramai 151 calon UPSR.  Program Mutiara Benak Zon Lingga, dinaungi oleh YB Hajah Simoi bt Haji Peri, ADUN N23 LINGGA. 

Adalah diharapkan agar selepas program dijalankan, setiap sekolah  yang terlibat akan dapat menghasilkan keputusan seperti berikut:
  1. Peningkatan sekurang-kurang 10% lulus penuh UPSR dari keputusan 2013
  2. Mengecilkan Gred Purata Sekolah (GPS) sekurang-kurangnya 0.5 mata.
  3. Menghasilkan peratus murid cemerlang (5A)  sekurang-kurang 10% dari jumlah calon yang menduduki UPSR
Ceramah Motivasi oleh Pegawai Daerah Sri Aman.
KhamisHa         Seramai 4 orang fasilitator telah dijemput untuk mengendalikan Program Mutiara Benak Zon Lingga. Mereka terdiri daripada Puan Saleena Mohd Shukor, Encik Patrick Hansen, Puan Dayang Aishah Abang Amin dan Encik Wellington Lai Chong. Program yang telah dilangsungkan dari 19 Jun hingga 21 Jun turut diwarnai dengan Ceramah Motivasi oleh Encik Ismawie Salleh, Pegawai Daerah Sri Aman.

                         Majlis perasmian yang dihadiri oleh ibubapa murid yang terlibat dan Ketua-ketua Masyarakat telah disempurnakan oleh YB Hajah Simoi Haji Peri ADUN N. 23 Lingga. Pada majlis tersebut juga berlangsung penyerahan Komputer 1Malaysia.
Fasilitator matapelajaran Sains - Encik Wellington
Watak-watak ceria di penghujung Program Mutiara Benak


No comments: