Sila Klik

Thursday 4 September 2014

LAGI CALON-CALON UPSR 2014 - PASTI LULUS CEMERLANG

Salam.
Dalam 2 entri sebelum ini (baca di sini dan di sini), telah diketengahkan seramai 18 daripada 107 orang calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Hasil usaha gigih, mereka telah menempatkan diri mereka sebagai calon yang bakal memperolehi keputusan cemerlang, in shaa Allah 5A. Itulah harapan semua pihak, Allah SWT yang akan menentukan segala-galanya. Apa yang perlu dilakukan sekarang - mohon bantuan dan pertolongan Yang Maha Esa iaitu berdoa, terutama ibubapa memohon kejayaan anak-anak menghadapi UPSR pada 9 - 11 September 2014 nanti. 


Dalam entri kali ini dan entri-entri yang akan diterbitkan sebelum 9 September 2014, dikemukakan lagi senarai nama calon-calon yang akan menduduki UPSR. Mereka juga berpotensi dan telah menunjukkan peningkatan sepanjang program Gerak Gempur Fasa I dan juga Gerak Gempur Fasa II yang telah diadakan sepanjang Julai dan Ogos  yang lalu.

Kita percaya dan yakin dengan masa berbaki masih 4 hari, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah meningkatkan semangat mereka untuk menghadapi UPSR dengan penuh keyakinan. Mereka telah berusaha sebaik yang mungkin.


Afif Nur Bazil dan Abang Irfan, kedua-duanya telah berusaha bersungguh - sungguh dan telah menunjukkan peningkatan prestasi yang drastik. Afif Nur Bazil, bermula dari ranking yang ke 36 manakala Abang Irfan pula ke 32 pada April yang lalu dan pencapaian terbaik mereka adalah 3A2B. Penumpuan sepenuhnya perlu diberi kepada subjek yang masih di gred B iaitu Bahasa Inggeris dan Sains


Pencapaian terbaik Mohd Al-Sudais ketika ini, 1A3B1C. Ketelitian harus diberi ketika menjawab soalan BM Pemahaman. Dijangkakan Sudais dapat meningkatkan BM Pemahaman dari gred C ke B. Manakala pencapaian terbaik Dyg Nur Azwin Sahira adalah 2A3B, gred B untuk kedua-dua kertas BM dan Matematik. Azwin boleh capai sekurang-kurangnya 4A1B. In shaa Allah.


Calon ini,  De'angel Rachael Kumang, terbilang dalam subjek BI. Markahnya sentiasa di atas 90%. Pencapaian terbaik setakat ini, 4A1B. Kertas BM perlu diberi perhatian. Ketelitian perlu ada bagi Erma Mariana untuk Matematik dan Sains. Pencapaian terbaik Erma Mariana adalah 3A2B, gred B untuk Sains dan Matematik. 5A menjadi sandaran kedua-dua calon ini.



Fiona Acha, seorang yang tekun dan gigih. Sehingga kini pencapaian terbaik adalah 3A2B, gred B untuk BM Pemahaman dan Matematik. Harapan untuk UPSR adalah 5A. Sementara, Jeremia Hansen telah berjaya memperolehi 4A1B, perlu banyak latihan untuk memperbaiki gred BM Penulisan. Perbaiki ejaan dan tatabahasa.



Ketokohan Mohd Azhar Ariffin dalam bidang sukan dan kepimpinan memang telah menyerlah sejak 2 tahun lepas. Prestasi dalam pelajaran sehingga kini adalah 3A2B. Manakala pencapaian terbaik Mohd Hazeeq Fakrie sehingga kini adalah 4A1B, untuk memperolehi 5A dalam UPSR perlu mempertingkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris. 



Muhamad Asfar Sani, begitu cepat menyesesuaikan diri walaupun baru berpindah ke SK Abang Aing awal 2014. Pencapaian terbaik 3A2B, gred B untuk BM Pemahaman dan Sains. Nur Haifa Fitriyyah, masih ada peluang untuk memperbaiki perstasi yang ada sekarang ini. Pencapaian terbaik sekarang adalah 2A3B, gred B untuk BM Penulisan, Matematik dan Sains.


Nurhazwani Ashiqin mempunyai tahap ketabahan yang agak tinggi. Pencapaian terbaik adalah 4A1B, gred B untuk untuk Sains. Jangkaan kita, untuk mendapat 5A bukanlah mustahil. Sementara Saidatul Kaisah pula perlu lebih berhati-hati dan meneruskan usaha mempertingkatkan prestasi sekarang iaitu 1A4B tetapi semua gred B yang diperolehi agak baik.




Untuk memperbaiki keputusan yang sedia ada iaitu 3A2B Nur Syamimi perlu fokus dalam menghadapi saat-saat akhir sebelum tarikh 9 September 2014. Lupakan dulu perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Pengurusan masa ketika ini dan semasa menduduki UPSR sebenar mesti diberi keutamaan. Penguasaan dalam Sains dan Matematik perlu dipertingkatkan, kalau perkara ini dapat dilakukan dalam masa terdekat, 5A adalah jangkaan bagi Nur Syamimi.


Akan bersambung dalam entri yang akan datang.

No comments: