Sila Klik

Wednesday, 21 November 2012

Cabaran 2013 Lebih Mencabar

Salam.
Tahun 2012 semakin hampir melabuhkan tirainya. Terlalu banyak kejayaan yang ditempah sepanjang tahun semasa, samada di bidang akademik mahupun kokurikulum. Begitu juga, aktiviti-aktiviti yang dijalankan, terlalu padat dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu. Untuk maklumat lanjut tentang senarai aktiviti yang dilaksanakan, sila rujuk entri yang terdahulu.

Yang jelasnya, warga SK Abang Aing telah berjaya mengharungi detik-detik sukar tahun 2012. Dengan peruntukan kewangan yang agak terhad dan keterbatasan waktu, tuntutan takwim tahunan sekolah berupaya diselesaikan walaupun tarikh-tarikh yang telah ditetapkan perlu disesuaikan dengan aktiviti jabatan dan kementerian pelajaran.

Keupayaan warga SK Abang Aing mengekalkan kecermelangan dalam Penilaian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan kejayaan yang paling manis sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya. Walaupun trend penurunan (prestasi UPSR) berlaku di peringkat nasional, negeri dan daerah, SK Abang Aing masih boleh memperbaiki Gred Purata Sekolah (GPS) dari 2.18 kepada 2.15. 

Biarlah tahun 2012 berlalu dengan meninggalkan pahatan sejarah yang manis. Warga SK Abang Aing perlu melihat ke depan. Tahun 2013 sedang menunggu dengan penuh cabaran. Dengan bilangan murid-murid yang akan menduduki UPSR yang lebih ramai, kita masih menerima kemasukan perpindahan dari sekolah-sekolah lain. Sehingga ke tarikh hari ini, bilangan calon-calon yang akan menduduki UPSR 2013 adalah seramai 131 orang, pertambahan sebanyak 14 orang dari tahun 2012. 

Berikut adalah seimbas pandangan tentang prestasi bakal calon-calon UPSR 2013 untuk semua subjek. 


Dengan peratus kelulusan yang agak rendah untuk Mathematics, 53.49% tugas Panitia Matematik pasti mencabar. Lebih-lebih lagi pencapaian untuk UPSR 2012 adalah 94.0%. Pun begitu juga dengan subjek English yang hanya 67.97%, sedangkan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai adalah 84.82%. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut akan menyemarakkan semangat warga SK Abang Aing untuk lebih cemerlang.

Monday, 19 November 2012

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah !

Salam.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 telah diumumkan oleh Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Na'imah Ishak. Dalam pengumuman tersebut, beliau menjelaskan bahawa 45,054 calon (8.94%) berjaya memperolehi 5A, penurunan sebanyak 0.54% berbanding dengan tahun 2011. Dr. Na'imah juga berkata, pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu dari 2.30 kepada 2.31. Calon lulus semua kertas dengan minimum gred C, meningkat dari 55.45% kepada 56.94%

SK Abang Aing, telah meningkat dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dari 2.18 (2011) kepada 2.15 pada tahun ini. Sementara, calon yang lulus semua kertas dengan minimum gred C adalah sebanyak 90  orang iaitu 76.92 peratus. Calon-calon yang memperolehi 5A, seramai 10 orang (8.54%) dari 117 calon yang menduduki UPSR 2012.

Mereka yang lulus cemerlang 5A terdiri daripada:
  1. An'nissa Ariqah bt Jobli
  2. Brittany Simut Merai ak Berceang
  3. Chrishaninie ak Albert
  4. Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin
  5. Farah Haziqah bt Hamdan
  6. Felissia Chandi ak Dennis Jugah
  7. Lorita ak Juen
  8. Samuel Justine Ajau ak Henerry
  9. Siti Farhiyatul bt Wasli
  10. Wan Nur Ain bt Wan Ismail


An'nisa Ariqah bt Jobli
Brittany Simut Merai ak Berceang
Chrishaninie ak Albert
Dayang Nur Amira bt Awang Mohamad Tajudin
Farah Haziqah bt Hamdan
Felissia Chandi ak Dennis Jugah
Lorita ak Juen
Samuel Justin Ajau ak Henerry
Siti Farhiyatul bt Wasli
Wan Nur Ain bt Wan Ismail
Tahniah kepada calon-calon yang berjaya terutama kepada calon-calon yang memperolehi 5A, 4AIB dan yang lulus semua kertas. teruskan kegigihan dan usaha anda bila berada di sekolah menengah.



Friday, 16 November 2012

Debaran menunggu keputusan UPSR

Calon-calon UPSR 2012.

Salam.
Semestinya semua 517,139 orang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 termasuk 119 orang murid SK Abang Aing sekrang ini tak sabar-sabar menunggu keputusan UPSR diumumkan. Semakin hampir keputusan diumumkan debaran semakin hebat dirasakan. Rentak debaran pun berbeza antara satu sama lain. Bagi yang telah berusaha bersungguh-sungguh, mungkin rentak debarannya lebih harmoni dibanding dengan yang kurang berusaha atau berusaha pada saat akhir. Debaran bagi kumpulan ini, mungkin agak lebih berkecamuk. Pun ada juga, yang langsung tidak ada debaran.

Keputusan UPSR 2012, seperti yang telah dimaklumkan akan dikeluarkan pada 19 November 2012. Pemberitahuan ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sidang akhbar. Calon-calon UPSR tahun ini boleh menyemak keputusan masing-masing mulai pukul 10.00 pagi di sekolah masing-masing pada hari tersebut. Keputusan tersebut juga boleh disemak melalui SMS atau online

Semakan keputusan melalui SMS
Semakan keputusan UPSR melalui online

Majlis Pengumuman Analisa Keputusan UPSR akan diadakan pada hari yang sama iaitu 19 November 2012, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya,

Calon-calon UPSR yang mendapat keputusan cemerlang, bolehlah memohon memasuki Maktab Rendah Sains Mara. Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan telahpun ditutup pada 31 Oktober yang lalu.


Thursday, 15 November 2012

Tokoh Maal Hijrah 1434/2012

Salam.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1434/2012. Majlis sambutan Maal Hijrah yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.



Tan Sri Abdul Hamid, juga pernah menjadi Penasihat Agama kepada dua orang Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam, Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434 telah disampai kepada isteri allahyarham, Puan Sri Jamilah Mohd Said.