Salam.
Maaf entri kali ini, agak berbeza daripada entri yang sebelumnya. Hanya sekadar membongkar tentang khasiat buah Markisa atau lebih dikenali sebagai passion fruit dan nama saintifiknya passiflora edulis, sumbernya di Wikipedia - The Free Encyclopedia. Secara kebetulan, sekarang musim buah markisa masak ranum di halaman rumah.
Buah yang masak dibiar jatuh agar cukup ranum |
Buah yang hampir masak ranum |
Menurut Wikipedia versi Indonesia, pokok Markisa merupakan tanaman yang menjalar untuk mendapat cahaya matahari. Banyak ditanam di kawasan tropika atau sub tropika terutama di Australia, New Zealand, India, Kenya dan Hawaii. Di Malaysia, tanaman Markisa telah diperkenalkan sekitar 1960-an dari variety kuning dan ungu. Dari segi khasiat dan rasa adalah sama, cuma variety kuning agar sukar ditanam dan saiz buah agak lebih besar dan mengeluarkan hasil yang lebih tinggi.
Buah Markisa yang belum masak. |
Tanaman Markisa yang menjalar |
Pokok Markisa, mula mengeluarkan hasil dalam jangka masa 5 - 6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayatnya adalah sehingga 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah berukuran 6 - 7 cm. Rasa buahnya masam manis, boleh dimakan segar dan dijadikan jus minuman yang menyegarkan. Sementara pulpa Markisa pula boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa dalam yoghurt dan aiskrim. selain aromanya yang harum, jus Markisa juga kaya dengan vitamin C, niasin dan riboflavin.
Jus buah Markisa yang menyegarkan. |
Dengan khasiat nutrien yang terkandung dalam jus Markisah para saintis perubatan seluruh dunia telah melakukan banyak penyelidikan dan menerbitkan jurnal-jurnal perubatan yang berkaitan dengan khasiat buah Markisa, antaranya Food Research International, American Chemical Society di dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry dan penyelidikan oleh Sherma Zibadi dan Dr Ronald R Watson dari Arizona University dalam Journal of Evidence-Based Integrative Medicine yang diterbit oleh Springer Link.
Antara seribu satu khasiat buah Markisa termasuklah:
- Memulihkan kanser
- Mengatasi isomonia
- Mengatasi batuk
- Anti alergi
- Menenangkan anak hiperaktif
- Melancarkan perjalanan darah haid
- Menjaga kecantikan wajah
- Menurunkan kalestrol
- Melancarkan peredaran darah
- Mencegah hipertensi
- Antiseptik
- Penghilang kerut pada wajah
Itulah senarai khasiat buah Markisa yang telah terbukti dari segi saintifik. Tidak hairanlah di pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, harga buah Markisah agak mahal sehingga RM10.00 sekilogram kerana masyarakat telah mula sedar tentang khasiat nutriennya.
Harga 5 biji buah Markisa di pasaraya Tesco. |
No comments:
Post a Comment