Sila Klik

Tuesday 27 November 2012

Mampukah putera-puteriku menyahut cabaran?

Salam.
Dalam 3 entri yang lalu, dikupas dengan cara terperinci tentang prestasi murid-murid Tahun 5 (Tahun 6 - 2013). Berbagai respon diterima dari ibubapa dan guru-guru. Kebanyakan mereka menaruhkan kebimbangan sama ada SK Abang Aing dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Terima kasih banyak-banyak kerana rasa keperihatinan. Tidak kurang pula yang cuba mempertikai kesahihan data-data yang dibentangkan, kononnya satu strategi memohon simpati. Jauh sekali tidak, apa yang telah dibentangkan adalah data sahih. Sebagai buktinya, disertakan screen shot dari dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Pencapaian dari segi gred dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) - klik untuk image yang  lebih jelas.
Sila perhatikan angka-angka yang terdapat petak kuning. Bandingkan dengan data yang telah dikemukan dalam entri yang telah diterbitkan pada 21 November dan 22 November. Memang itulah, prestasi mereka sekarang dan saya mengajak semua pihak jangan khuatir dan lalukan sesuatu. Ayuh ibubapa, guru-guru dan putera-puteriku, kita bertindak awal mengikut kapasiti kita. Insyallah, usaha yang luar biasa akan menghasilkan keputusan yang luar biasa.

Top 20 (nama sengaja dipudarkan) - klik untuk image yang lebih jelas.
Sekarang lihat pula senarai 'top 20' yang dipaparkan di atas. Hanya seorang saja yang memperolehi 5A, 4 orang memperolehi 4A1B, 2 orang memperolehi 4A1C, 6 orang memperolehi 3A2B, 3 orang memperolehi 2A3B, 2 orang memperolehi 3A1B1C dan 2 orang memperolehi 2A2B1C. Begitulah, bukan tujuan untuk menakutkan tetapi mengajak pihak-pihak terlibat mengambil langkah awal yang boleh memperbaiki keadaan. 

Masih tak kita ingat UPSR 1998?, pada waktu itu hanya 2 orang saja yang memperolehi 5A tapi berkat usaha yang gigih pada 1998 angka itu meningkat kepada 13 orang. Ataupun kita singkap balik ingatan pada UPSR 2009,  dari 9 orang ianya melonjak kepada 13 orang yang memperolehi 5A. Insyallah, pada 2013 kita boleh melakukan lonjakan saujana.

Pautan kepada catatan ini:






2 comments: